Connect with us

Buletin

#KerajaanGagal Trending Di Twitter Kini Cecah Lebih 150 Ribu Ciapan

Hashtag Kerajaan Gagal dapat dilihat trending di Twitter sejak semalam. Namun, penggunaan hashtag tersebut sebenarnya telah dilihat berlegar-legar di media sosial sebelum itu lagi. Kini, tepat jam 8.30 pagi, pada tanggal 17 April, jumlah ciapan bersama hashtag tersebut dilihat mencecah naik sehingga angka 150 ribu dan meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

Published

on

Hashtag Kerajaan Gagal dapat dilihat trending di Twitter sejak kelmarin. Namun, penggunaan hashtag tersebut sebenarnya telah dilihat berlegar-legar di media sosial sebelum itu lagi. Kini, tepat jam 8.30 pagi, pada tanggal 17 April, jumlah ciapan bersama hashtag tersebut dilihat mencecah naik sehingga angka 150 ribu dan meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia, yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

Baca juga: Palsu tandatangan borang rentas negeri, polis buka kertas siasatan

Apa sebenarnya yang terjadi dan apa yang dibahaskan oleh wargamaya?

#KerajaanGagal telah digunakan ramai sebagai satu bentuk protes oleh rakyat di negara ini. Ia juga merupakan tanda bahawa rakyat bebas bersuara. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan melalui hashtag ini tetapi apa yang lebih prominen adalah isu rentas negeri diperketatkan dan vaksin yang tidak dieedarkan dengan adil kepada rakyat.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa amarah dan kecewa di Twitter mereka. Penggunaan hashtag ini mula melonjak naik sejak semalam apabila kerajaan mengumumkan bahawa rentas negeri sudah mula diperketatkan semula dek kerana angka jangkitan Covid-19 yang naik mendadak.

Apa yang dipersoalkan oleh rakyat adalah cara kerajaan menangani permasalahan ini yang seakan-akan tidak adil dan pegangannya goyah. Kes Covid-19 secara konsisten masih di takuk 4-digit sejak gelombang ketiga bermula pada September berikutan kes pilihanraya di Sabah. Kini, ramai menjangkakan bahawa  negara bakal berdepan dengan gelombang keempat pula.

Hal ini begitu menggusarkan buat rakyat terutama yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Terdahulu tular rakyat di Tawau memohon supaya Perintah Kawalan Pergerakan di tempat mereka dilonggarkan dek kerana mereka tidak mampu lagi untuk menanggung kos kehidupan. “Tidak boleh bekerja = Tiada duit”, itulah yang lancang dilontarkan rakyat di Sabah.

Kini, rakyat kembali mempersoalkan keputusan kerajaan mengumumkan darurat di negara ini. Bukan mereka tidak menghormati keputusan yang dibuat malah, rakyat sebenarnya sangat bergantung harap kepada kerajaan. Namun, ramai kecewa apabila mereka dapat lihat adanya ‘double-standard’ dalam pelaksanaan.

Terbaru, mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik turut meluahkan rasa kecewanya. Melalui postingnya di Twitter, beliau yang juga merupakan MP Simpang Renggam mempersoalkan keadilan program imunisasi yang sedang dijalankan di negara ini. Menurutnya, masih ramai lagi warga pendidik yang merupakan pekerja barisan hadapan belum menerima suntikan vaksin sedangkan mereka sepatutnya merupakan golongan terawal yang perlu dilindung sejak sekolah dan institusi pendidikan mula beroperasi.

Kenaikan kes yang melibatkan warga pendidik semakin meningkat dan itu merupakan bukti bahawa warga pendidik menghadapi risiko keberjangkitan yang tinggi. Walaupun begitu, Menteri Pendidikan sehingga sekarang masih belum membuka mulut tentang hal berkenaan.

Ramai juga turut mempersoalkan tentang garis panduan SOP yang tidak jelas oleh kerajaan. Kekecewaan rakyat mula melonjak apabila mereka terpaksa menerima tamparan sedangkan permulaan permasalahan adalah daripada pihak lain. Lagi-lagi raya bakal tiba. Rata-rata sudah amat merindui keluarga yang jauh nun di sana namun harapan untuk akhirnya berjumpa musnah begitu sahaja.

#KerajaanGagal adalah suara rakyat dan keinginan mereka ke arah perubahan yang lebih positif. Kita berharap agar pihak-pihak yang berada di takuk pemimpinan dapat mengambil berat tentang hal ini.

Baca juga: “Saya Tak Suruh Makan Sembunyi-Sembunyi” – Guru Kagum Anak Murid Hormat Rakan Berpuasa

Sumber: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di