Connect with us

Buletin

Jika Bergejala, Haiwan Peliharaan Boleh Dibawa Untuk Buat Swab Test

Jika haiwan peliharaan disahkan positif, mereka juga akan dikuarantin di rumah tuan masing-masing selama 14 hari atau dihantar ke pusat perlindungan sementara jika pemilik turut menunjukkan gejala. 

Published

on

Jika anda seorang pencinta haiwan, berita ini mungkin menarik perhatian anda. Di Malaysia, kita tidak lakukan swab test kepada haiwan peliharaan walaupun pemiliknya positif Covid-19. Kerajaan menyarankan mereka yang mungkin kontak rapat atau sesiapa yang bergejala sahaja akan dibenarkan lakukan ujian calitan di mana-mana hospital yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Namun, lain pula kisahnya di Seoul, Korea.

Di Seoul, jika ada haiwan peliharaan yang mempunyai gejala demam, batuk, sukar bernafas atau menunjukan tanda-tanda miliki virus Covid-19 dalam badan akan ditawarkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya pernah terdedah dengan pesakit virus tersebut. Jika si pemilik positif, maka haiwan peliharaannya akan disarankan untuk lakukan ujian saringan Covid-19 yang sama.

Menurut laporan, program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan sejak beberapa minggu lalu selepas negara Korea merekodkan kes jangkitan Covid-19 melibatkan haiwan, termasuk anak kucing.

Seorang pegawai pengurusan kawalan penyakit berjangkit, Park Yoo-mi berkata sebagai satu langkah berjaga-jaga, kerajaan metropolitan Seoul akan menawarkan ujian Covid-19 untuk haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing. Ia adalah satu langkah untuk membendung penularan wabak ini daripada lebih meluas.

Difahamkan, para petugas kesihatan dan pakar veterinar akan lakukan ujian saringan tersebut yang akan dijalankan berhampiran kediaman tuan haiwan itu. Jika haiwan peliharaan disahkan positif, mereka juga akan dikuarantin di rumah tuan masing-masing selama 14 hari atau dihantar ke pusat perlindungan sementara jika pemilik turut menunjukkan gejala.

Tidak kira haiwan ataupun manusia, sekirannya anda adalah salah seorang kontak rapat dan telah menunjukkan gejala pastikan anda ikut SOP yang ditetapkan dan janganlah jumpa sesiapa buat sementara waktu ini. Ingat ya, #kitajagakita.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kesian.. Empat Singa Positif Covid-19!

Ustaz Ebit Lew Bantu Zoo Negara

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.