Connect with us

Buletin

Jatuh Air Mata Selepas 30 Tahun Dapat Bekalan Air Bersih

“Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air…”

Published

on

Hampir setiap bulan bekalan air terganggu di Selangor sehinggakan kebanyakan warganet memberi gambaran pada masalah ini kepada ‘air selangor datang bulan’.

Lain pula di Kota Bharu apabila kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong, Kelantan merana lebih kurang 30 tahun akibat ketiadaan bekalan air bersih.

Namun, penantian itu berakhir apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula menyalurkan ke sembilan rumah sebagai permulaan dan masing-masing sangat teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.

Sumber: malaysiainsight

Salah seorang penduduk di situ, Ismail Hamat berkata, sebelum ini dia berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter kira-kira sejauh 300 meter dari rumah demi mendapatkan bekalan air bersih.

“Kami juga kerap mengambil air di masjid dan saya mengambil bersama cucu perempuan yang menunggang basikal,”

Sambil mengalirkan air mata, dia berkata, selepas ini mereka sekeluarga sudah boleh mandi lebih daripada sekali berbanding sebelum ini, disebabkan ‘sayangkan’ air yang dibeli kerana perlu digunakan untuk keperluan lain termasuk memasak dan minum.

Sumber: sinarharian

“Paling perit untuk memunggah air adalah ketika musim hujan dan bulan Ramadan kerana kekangan situasi ketika itu dan keadaan semakin teruk jika berlaku hujan lebat atau motosikal rosak.

“Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami.

Sumber: BH

“Saya mewakili penduduk kampung ini sangat berterima kasih kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Associates yang banyak membantu kami mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Semoga bebanan penduduk di Kampung Tok Puchong kurang dengan sumber air yang disediakan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

27 Kawasan Di Kuala Langat, Sepang Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 24 November Ini

Buka ‘Mask’ Untuk Minum Air, Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda RM1,000

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.