Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Ini Aturan Allah,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin Kembali Ke Bumi Mekkah

today8 March 2021

Background

Semalam, tular sebuah video menerusi ciapan twitter akaun Haramain Sharfain yang menunjukkan pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya ketika mengerjakan ibadah Umrah.

Rombongan tersebut termasuklah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menganggap peluang yang diberikan kepada beliau untuk menunaikan ibadat umrah sebagai keistimewaan peribadi sebaliknya menyifatkan ia suatu amanah untuk berusaha sedaya upaya agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat kembali ke bumi Makkah.

“Semalam semasa menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook rasminya malam semalam.

Tambahnya lagi, ini adalah aturan Allah SWT yang amat besar nilai dan maknanya, bukan sahaja untuk diri saya dan isteri, bahkan saya menganggapnya sebagai bukti ukhwah persaudaraan yang amat akrab serta penghormatan untuk umat Islam di Malaysia dari Kerajaan Diraja Arab Saudi.

Kini, perdana menteri dan isteri akan berada di Madinah selama dua hari bagi mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad SAW. Beliau dijadual untuk berlepas ke Riyadh pada hari ini, bagi memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada esok hari, 9 Mac.

Semoga doa yang diahajatkan untuk negara Malaysia, termakbul.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Tan Sri Vincent Tan Yakin Luqman Akan Jaringkan Gol Jika Diberi Banyak Peluang Bermain

Sumber: TV3

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

SRG produk ajaib buat Herba Prisma

Platform PKS PETALING JAYA – Bermula de­ngan produk SRG Massage Gel (SRG) yang diperkenalkan bermula tahun 2018, pengasas syarikat VB Prisma Sdn. Bhd. (Herba Prisma), Zurean Azuan Zulkifli tidak menoleh ke belakang lagi untuk menerajui empayar perniagaannya. Keluh kesah, sepak terajang, hina duka, ria tawa yang dialaminya sejak enam tahun sebelum itu turut dikongsi dengan pengasas bersama syarikat, Wirawati Che Mi untuk menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. Kegagalan membuatkan... Klik […]

today8 March 2021