Connect with us

Buletin

Hasil Judi! Pasangan Ini Berjaya Kaut RM1.4 Juta

Berkaitan mata wang digital atau kripto, Bitcoin.

Published

on

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya merampas wang tunai berjumlah RM1.4 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres, di Ara Damansara kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata dalam serbuan pada jam 1.15 tengah hari itu, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri disyaki terbabit aktiviti perjudian dalam talian.

“Kita tangkap seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun dan isterinya, warga tempatan yang juga bekas pekerja bank berusia 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan tujuh komputer riba dimiliki suspek, kita percaya mereka terbabit dalam jenayah komersil berkaitan mata wang digital atau kripto, Bitcoin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Dalam pada masa sama juga, pihak mereka menemui sebuah peti besi dalam rumah pasangan tersebut.

Bagaimanapunm, pihak mereka enggan bekerjasama untuk memuka peti tersebut. Berikutan itu, polis terpaksa memanggil pihak bomba untuk membuka peti itu yang mengandungi wang tunai terbabit.

Mengulas lanjut, Tuan Nik Ezanee berkata, hasil soal siasat suami isteri berkenaan membawa kepada tangkapan dua warga asing berusia 31 dan 30 tahun di sebuah kondominium di Sunway pada hari sama.

“Dalam serbuan itu, kami menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga asing masing-masing berusia 30 dan 31 tahun yang dipercayai bekerja sebagai penyelia laman sesawang pelaburan serta mereka aplikasi judi dalam talian dengan bayaran gaji RM9,000 sebulan.

Sumber: majalahlabur

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Akta baharu perjudian haram bakal diperkenal

Kenali 5 Organisasi Jenayah Terbesar Dan Menggerunkan Di Dunia

Sumber: pdrm

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di