Connect with us

Buletin

Hantar Barang Hancur! Syarikat Perkhidmatan Kurier Ini Dikecam Teruk!

Ini kerana pihak atasan sudah mula menolak komisen mereka.

Published

on

Baru-baru ini tular dengan isu sebuah syarikat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang, J&T Express di mana mereka dikatakan telah mengubah sistem pembayaran komisyen yang kini menjadi berat sebelah.

Difahamkan lagi, jika staf bahagian penghantar barang tidak menghantar barang lebih 1200 parcel, syarikat tersebut akan menolak elaun komisen mereka dan sistem ini akan dilaksanakan bermula bulan Januari ini.

No photo description available.No photo description available.

Susulan daripada itu, semalam tular sebuah rakaman video dimuat naik menerusi ciapan twitter menunjukkan barang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam keadaan hancur dan langsung tidak boleh digunakan lagi.

Malah, menurut penerangan menerusi video itu lagi, pekerja penghantaran syarikat J&T Express membuat perangai kerana pihak atasan sudah mula menolak komisen mereka hampir RM1,000.

Menjengah ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada peniaga dan bukan syarikat perkhidmatan kurier tersebut.

Ini kerana, peniaga tidak menggunakan bungkusan yang baik ketika proses penghantaran sehingga menyebabkan kesemua pembelian pelanggan hancur dan rosak teruk.

Malah, ada juga yang meletakkan gambar contoh bungkusan selamat yang dikhaskan untuk menghantar barang yang mudah rosak atau pecah.

May be a Twitter screenshot of text that says "rose @itsrianarose 20h Replying to @iamajayrahman Salah kan seller ini, mana ada makanan atau minuman bungkusan macam itu. Sepatutnya letak dalam kotak 3 692 3K 1 sem @_mandan17 19h Yup supposedly double box, alahai murah je kotak tu; apo lah seller ni. 55 774 .crimebites cookies granolads @yshudalin 19h Yep, carton mmg lembik.. kalau order byk camni, pikir la sikit double la wrap tu tak pun pakai inflatable air senang sikit aduhai seller pun 2 16 180"No photo description available.

No photo description available.

Tidak kira salah siapa, kami harap agar perkara dapat menyelesaikan isu ini dengan baik supaya dapat menguntungkan semua pihak.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Pin pin! Baby Awak Dah Sampai..” – Kisah Bayi Di Hantar Melalui Pesanan Pos

Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak  Positif COVID-19

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.