Connect with us

Buletin

Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke

Ibunya berehat sebentar sambil karaoke, tapi terlupa pasal anak-anak…

Published

on

Kematian anak yang berpunca daripada kelekaan ibu bapa sememangnya amat menyedihkan. Tiada siapa yang mahukan nyawa anak-anak melayang disebabkan kelalaian sendiri. Namun, itulah antara kes maut melibatkan kanak-kanak yang berpunca daripada sikap leka ibu bapa. 

Kejadian terbaharu yang berlaku di Aceh, Indonesia ini melibatkan dua orang kanak-kanak yang ditemui lemas dalam tangki kumbahan di kampung halamannya semalam. Menurut laporan, mangsa ialah Alfizil Aini, 4 tahun, dan adiknya Zikra Hidayatullah, 2 tahun, ditemui mati di tempat kejadian kerana lambat mendapat pertolongan. 

Hasil siasatan awal pihak polis, mereka menjelaskan kejadian berlaku ketika ibu mangsa sedang berkaraoke dengan pembesar suara yang kuat. Berkemungkinan si ibu yang berkaraoke dengan nada suara yang tinggi menyebabkan jeritan kanak-kanak itu tak didengari.

Sebelum kejadian, ibu mangsa dikatakan sedang membersihkan tangki kumbahan yang berada di belakang rumahnya. Dalam masa yang sama, anak-anaknya bermain di kawasan itu. Selepas beberapa ketika, si ibu berehat sebentar dan menghabiskan waktu rehat dengan berkaraoke. 

Tak lama kemudian, dia tersedar yang kedua-dua anaknya tidak kelihatan di luar rumah. Kebiasaannya akan kelihatan anak-anaknya bermain di luar. Dia kemudian memanggil-manggil kedua-dua anaknya namun tidak disahut oleh mangsa. Apabila tiba di kawasan tangki kumbahan itu, si ibu terus menjerit melihat anaknya sudah berada di dalam lubang tersebut dengan keadaan tidak bergerak. 

Jeritannya yang kuat sehingga didengari jirannya yang kemudian melompat ke dalam lubang tersebut untuk menyelamatkan mangsa. Kedua-kedua mangsa dibawa ke bidan desa untuk mendapatkan rawatan awal. Namun semuanya sudah terlambat apabila pihak perubatan selepas itu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Baca juga artikel menarik lain:

Hantar Nota Minta Jiran Tutup WiFi Kerana Isteri Mengandung, Lelaki Ini Terima Nota Balas ‘Ganas’

Balas Dendam! Wanita Kahwini Kekasih Gadis Yang Curang Dengan Bekas Tunangnya

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di