Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Dr. Zulkifli Tampil Mengulas Isu KP Hisham ‘Takut Mati’

today12 November 2020

Background

Terdahulu, episod kekecohan berkenaan dalam sidang parlimen kecoh apabila King Sing mula menuduh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati kerana tidak turun padang di Sabah dan Sarawak.

“Hari-hari DG buat berita tapi untuk apa? Tengok Kota Kinabalu dan Sabah sekarang teruk dengan COVID-19, kenapa dia tak turun sana melawat tiap-tiap hospital dan beri moral support pada semua frontliner? Jangan hantar doktor je pergi merawat. Doktor tak takut mati tapi DG takut mati ke?”

Itulah lemparan kata-kata dari GPS-Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang parlimen lalu.

Susulan itu, Dr Noor Hisham memetik firman Allah SWT ayat 185 dalam surah Al-Imran bagi membuat penjelasan tentang tuduhan GPS-Bintulu bahawa kononnya dia takut mati kerana tidak ‘turun padang’ ke Sabah dalam sidang media petang tadi.

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati,” sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali..”

Dalam pada masa sama juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri membuat ulasan menerusi media sosial memandangkan isu ini agak tegang.

Menurutnya, dia amat berharap bahawa itu bukan maksud sebenar GPS-Bintulu kerana KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisinya.

“Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan ikut isu ini.

Konsep kematian dalam Islam amat mudah. Kami yakin kematian menjengah bila-bila masa. Hanya Allah SWT sahaja yang Hidup Kekal dan tidak mati. Hanya Dia Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Yang Kekal Abadi. Muslim tidak takut mati tetapi kami sentiasa digalakkan untuk mengingati mati,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Kerana itulah Muslim yang sebenar, mewakafkan seluruh hidupnya untuk manfaat manusia lain. Sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (Riwayat Ahmad).

“Moga kita menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain,” tulisnya selepas membuat perkongsian tentang kisah Sahabat Nabi SAW, Abu Ayyub al-Ansari radhiallahu ‘anhu ketika tentera Muslim berperang dalam rangka menawan kota Konstantinopel, mereka berhadapan dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan’ – Tongkat Khutbah Dijadikan Jenaka, Dr Zulkifli Beri Teguran

Pengumuman Khas Buat Mereka Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , HM , BH

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Suhazimah, Sabri dilantik lembaga pengarah baharu Pertama Digital

KUALA LUMPUR – Pertama Digital Bhd. (Pertama Digital) mengumumkan pelantikan dua lembaga pengarah baharunya. Pelantikan tersebut merupakan usaha terbaharu Pertama Digital secara serius dalam bidang ruang digital dan mudah alih setelah beralih daripada perniagaan tekstil dan bertukar nama daripada Sinotop Holdings Berhad. Mereka adalah Datuk Ts Dr Suhazimah Dzazali dan Pengarah Eksekutif, Sabri Ab Rahman. Dato’ Ts Dr Suhazimah memiliki pengalaman hampir 35 tahun dalam perkhidmatan... Klik untuk baca artikel […]

today12 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *