Connect with us

Buletin

“Don’t Blame Yourself If Mummy Didn’t End Up Waking Up..” – Pesanan Terakhir Ibu Ini Benar-Benar Merentap Hati Ramai

Seorang doktor yang bekerja di Hospital Serdang, Dr Timothy Lau baru-baru ini ada berkongsikan kisah seorang pesakitnya yang dijangkiti virus Covid-19 di laman Instagram milik peribadinya. Kisah itu mula tular dan dikongsikan ramai di media sosial.

Published

on

Kehilangan orang yang tersayang adalah satu perkara yang amat menyakitkan. Lebih lagi jika kita adalah pembawa virus membunuh ke dalam rumah dan ia menjangkiti ahli keluarga yang lain. Pastinya perasaan bersalah itu menjangkaui segalanya terutama jika yang dijangkiti itu adalah ibu bapa yang sudah lanjut usianya dan berkemungkinan tidak mampu melawan virus ganas ini.

Baca juga: “Elak Ibu Bapa Forward Berita Palsu..” –  Khairul Aming “Seru” Warganet Bidas Berita Palsu COVID-19 Dengan Fakta Sahih 

Seorang doktor yang bekerja di Hospital Serdang, Dr Timothy Lau baru-baru ini ada berkongsikan kisah seorang pesakitnya yang dijangkiti virus Covid-19 di laman Instagram milik peribadinya. Kisah itu mula tular dan dikongsikan ramai di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Timothy Lau (@timothylau_qs)

Menerusi posting itu, Dr Timothy Lau berkata bahawa pesakit wanita yang dijangkiti ini perlu dikomakan segera. Tambahnya, dia akan sentiasa memberikan sedikit masa buat pesakit untuk membuat panggilan telefon terhadap orang yang tersayang sebelum proses “intubate” ini dijalankan kerana ada kemungkinan mereka tidak dapat kembali lagi. “There is always someone to speak to”, kata Dr Timothy.

Setiap orang mungkin akan menzahirkan kata-kata yang berbeza sebelum mereka “pergi”, kebanyakkannya akan menggunakan peluang ini untuk meminta maaf dan meluahkan rasa sayang terhadap ahli keluarga. Waktu-waktu terakhir seperti ini adalah antara waktu yang paling kritikal dan meruntun hati semua.

Wanita yang dikatakan sudah berusia ini menggunakan peluang yang diberi untuk menelefon anak lelakinya. “Mummy didn’t blame you for bringing Covid home. Don’t blame yourself if Mummy didn’t end up waking up”, itulah pesanan terakhir seorang ibu buat anaknya. Dia tidak memikirkan tentang dirinya tetapi lebih memikirkan tentang keadaan anaknya yang mungkin akan ditinggalkan.

Kata-kata “terakhir” yang disampaikan oleh wanita ini benar-benar menyentap hati wargamaya. Ramai yang berfikir bagaimana jika ini terjadi kepada mereka, memang satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan. Ramai juga yang menjadikan kisah ini sebagai iktibar supaya berhati-hati dan peliharalah orang yang tersayang dengan mematuhi SOP.

Marilah kita sama-sama doakan agar dunia bebas dari wabak pandemik ini. Sudah ramai yang menderita dan kehilangan akibat virus ganas ini. Patuhlah kepada SOP dan jaga diri anda demi insan yang tersayang.

Baca juga: Buat “Total Lockdown” Sendiri Syarikat Selama 2 Minggu, Tindakan Dato’ Rizalman Dipuji Ramai

Sumber: Dr Timothy Lau

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.