Connect with us

Buletin

Dilemparkan Tomahan Isu Selipar Masuk Masjid, Menteri Agama Tenang Beri Penjelasan

Ini respon Dr Zulkifli tentang isu bawa masuk selipar ke dalam masjid…

Published

on

Dalam negara sedang sibuk merawat para pesakit COVID-19, negara juga sedang giat mengagihkan vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita tidak mencapai jumlah vaksinasi sebanyak 80 peratus populasi penduduk, selagi itu kita masih belum selamat lagi daripada wabak membunuh ini. Sasaran kerajaan sekarang adalah untuk mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini. 

Bagi memperhebatkan usaha tersebut, maka lebih banyaklah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka. Salah satu usaha kerajaan adalah dengan menggunakan masjid sebagai PPV yang lebih hampir dengan komuniti setempat. Usaha ini sememangnya mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Bagaimanapun, ada juga yang cuba mencari lubang kesalahan sehingga menimbulkan isu yang tidak perlu. 

Baca juga: “Stop DM Akak Suruh Review Produk Tu” – Noorkhiriah Tegas Tidak Mahu Promosi Produk Kecantikan Dewasa

Di Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dilemparkan tomahan mengenai isu penerima vaksin membawa masuk selipar ke dalam masjid semasa melalui proses penerimaan vaksin. 

“Bila lagi boleh tengok orang bawa selipar dalam masjid. Inilah masanya zaman fitnah. Tak boleh letak selipar tu dekat luar masjid ke?,” kenyataan yang dilemparkan mengenai isu tersebut. 

Kenyataan tersebut jelas ditujukan buat Dr Zulkifli di Twitter. Bagaimanapun, Dr Zulkifli tenang menjawab tomahan tersebut. Menurut Dr Zulkifli, gambar kejadian yang diambil itu adalah di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Keduanya, selipar dan kasut jelas telah dimasukkan ke dalam plastik dan penerima vaksin bawanya bersama ke dalam masjid.

“Selipar atau kasut dalam plastik dibawa bersama dalam masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram dan Masjid Al-Nabawi,” ujar Dr Zulkifli.

Dalam pada itu, wargamaya yang lain turut menyokong kenyataan Dr Zulkifli dan menyifatkan isu tersebut tidak perlu dipanjangkan. Ianya hanya tomahan bagi menjatuhkan imej pihak yang sedang menjalankan tugas sahaja. Apa-apa pun, kita terus sambut baik usaha kerjaan untuk memperbanyakkan lagi PPV yang berhampiran dengan komuniti. 

Baca juga: Mahu Nikmati Kehidupan Normal, Mesej Balas Diterima Rakan Wartawan Rungkai Teka-Teki Keberadaan Anita Sarawak

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di