Connect with us

Buletin

Dianggap ‘Hero’ Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke

Yang mana salah tu tetap salah…

Published

on

Kalau dah membunuh tu biasanya perbuatan itu akan dicemuh dan dicaci oleh semua orang. Yelah nama pun membunuh. Tapi macam mana pula kalau kita membunuh seorang perompak yang cuba merompak kita? Kalau ikut undang-undang, kita boleh didakwa kerana membunuh. Di Indonesia pula, terdapat satu kejadian di mana seorang lelaki mendapat sokongan orang ramai kerana membunuh.

Lelaki tersebut bukan membunuh perompak atau penjenayah yang cuba berbuat jahat kepadanya. Selain itu, selepas membunuh, lelaki ini terus digelar ‘lelaki sejati’ dan dibanjiri dengan sokongan orang ramai. Mesti anda tertanya-tanya siapa yang lelaki ini bunuh sampaikan tidak dianggap sebagai ‘penjenayah’ oleh orang ramai.

Sebenarnya lelaki ini ditahan dan didakwa membunuh skandal isterinya. Menurut laporan, Rivat Eka Putra, 43 tahun, dikatakan telah membunuh seorang lelaki yang dipercayainya sebagai kekasih gelap isterinya. Bagaimanapun, dia dianggap sebagai lelaki sejati dan ‘pahlawan’ yang membela serta mempertahankan kehormatan rumah tangganya. 

Sokongan yang diterimanya daripada masyarakat setempat cukup padu sehingga ada yang sanggup menghantar makanan kepada tiga anaknya. Orang ramai turut merancang menghubungi peguam Hotman Paris untuk membantu Rivat mendapatkan hukuman penjara yang lebih ringan. 

Rivat sebenarnya merupakan seorang lelaki yang baik. Hal itu turut diakui oleh penduduk di kawasan itu yang turut mengatakan Rivat adalah seorang pendiam dan merupakan ahli pengajian agama. Jadi mungkin tindakannya itu merupakan tindak balas daripada rasa kecewa yang amat sangat.

Bagaimanapun, Rivat didakwa atas kesalahan membunuh seorang lelaki bernama Ario Fernando, 34 tahun, di Diva Family Karaoke. Pembunuhan yang dilakukan Rivat menggunakan pisau itu disyaki kerana lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Yebi Abmi sejak enam bulan lalu. Tambahan lagi, selepas kejadian bunuh itu, Rivat dikatakan kelihatan lega dan tiada penyesalan. 

Dalam kes ini kalau mengikut undang-undang sedia ada di Malaysia, perbuatan membunuh itu jatuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman gantung mandatori. Tak kiralah sama ada bunuh sebab isteri ada skandal ataupun curang di depan mata, ianya tetap salah.

Baca juga artikel menarik lain:

Bunuh, Ambil Wang Dan Tinggal Bersama Mayat Selama Enam Minggu!

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di