Connect with us

Buletin

Dengan Kehadiran COVID-19 Varian Delta, Ramalan Bill Gates Pada December 2020 Didakwa Benar

Menurutnya, seluruh masyarakat dunia mampu kembali kepada kehidupan normal pada akhir tahun 2022.

Published

on

Bill Gates, pengasas Microsoft pernah meramal pada 2015 bahawa akan ada wabak yang melanda dunia dan memberi kesan kepada kehidupan manusia, dakwaan ini ternyata benar dengan kehadiran wabak COVID-19 pada tahun 2020. Dan pada awal December 2020 pula, Gates sekali lagi mengingatkan masyarakat umum bahawa 4-6 bulan akan datang bakal menjadi masa-masa yang sukar dalam melawan wabak COVID-19 dan sekali lagi ramalan Gates seakan-akan benar apabila dunia kini sedang melawan varian delta.

Kata Gates seperti yang dilaporkan oleh Economic Times,“Sayangnya, empat hingga enam bulan ke depan boleh menjadi wabak terburuk. Jangkaan IHME (Institut dan Metrik Kesihatan) menunjukkan lebih daripada 200,000 kematian tambahan.” Bagaimanapun bagi Gates, kematian dalam jumlah yang besar masih boleh dielak jika semua orang menjaga protokol kesihatan dan sentiasa mengikut peraturan – memakai pelitup muka, menjaga jarak dan kerap membasuh tangan.

Gates turut meramalkan bahawa masyarakat dunia mampu untuk kembali kepada kehidupan normal pada akhir tahun 2022. Namun jangkaan ini hadir jika vaksin COVID-19 berkesan dalam melawan wabak yang menyerang lebih 180 juta orang di seluruh dunia. Tambah Gates lagi, ramalan ini hanya berlaku untuk negara maju dan melihat kepada situasi semasa, pengeluaran vaksin dilihat terhad pada tahun ini.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di