Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Berang Isteri Tolak Dicium Dan Dipeluk, Bayi Berusia Empat Bulan Jadi Mangsa Amukan

today16 February 2021

Background

Hubungan kekeluargaan yang bahagia tidak sepatutnya hadir bersama suasana yang ganas. Isu keganasan ni pun memang biasa kita dengar. Ada kes sampai nyawa anak yang tak bersalah tergadai. Semuanya berpunca daripada pertelingkahan antara suami dan isteri. Terbaharu, kejadian yang berlaku di Indonesia ini dilaporkan si suami mengamuk sehingga mencederakan isteri dan bayi mereka berusia empat bulan.

Image via:https://www.helpguide.org/

Kalau dah mengamuk tu mungkin isunya besar. Namun bagi kes keluarga kecil ini, ia terjadi selepas si isteri menolak ciuman dan pelukan si suami. Insiden ini melibatkan seorang lelaki berusia 19 tahun, manakala isterinya pula berusia 16 tahun. Masih muda lagi rupanya pasangan ini.Β 

Menurut laporan lagi, tidak cukup dengan amukan, lelaki tersebut turut mengancam untuk membunuh isterinya dengan menggunakan pisau. Semasa kejadian, bayi tak tidak berdosa itu pula ditendang sehingga terpelanting anak kecil itu ke dalam bilik mandi dan mengakibatkan kecederaan di kepala dan badan.Β 

Ketua Forum Perkongsian Polis dan Masyarakat (FKPM) Pelita, Marno Mukti berkata, mangsa sempat melarikan diri sebelum meminta bantuan penduduk setempat. Dia juga sempat menghubungi rakannya di FKPM, dan tak lama kemudian suaminya berjaya ditahan dan dihantar ke balai polis terdekat.

Image via:https://regional.kompas.com/

Hasil siasatan polis, motif amukan suspek yang dikenali sebagai Am adalah kerana bengang isterinya menolak berhubungan intim. Berdasarkan keterangan isterinya pula, suspek kerap marah-marah di rumah tanpa sebab. Suspek dikatakan akan dikenakan tindakan lanjut atas tindakannya itu. Dalam pada itu, wanita terbabit bersama anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami mereka.

Baca juga artikel menarik lain:

Maut Dibelasah & Ditampar Berkali-kali Selepas Tegur Suami Berduet Di Tik Tok Dengan Madunya

Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & Kompas

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *