Connect with us

Buletin

“Beli Kereta Mampu Pula..” Pemandu Bengang Kereta Belakang Cucuk Rapat Elak Bayar Tol RM3.50

Apabila pemandu Myvi tersebut berjaya melakukan taktik kotor itu, dia terbabit terus memecut laju dengan menyangka perbuatannya itu tidak disedari oleh saksi.

Published

on

Sekali lagi King Of Road, Myvi menjadi bualan warganet! Sebelum ini ada pelrbagai kisah Myvi telah menerima kecaman dari warganet dengan kisah-kisah aneh yang terjadi seperti Myvi langgar ambulan sehingga terbalik, Myvi merempuh van, Myvi redah banjir dan sebagainya. Anda boleh katakan bahawa Myvi mempunyai pelbagai kisah dan drama yang menarik mungkin lebih banyak daripada kisah drama pukul 7 di kaca TV.

Baru-baru ini Myvi kembali viral di media sosial dan kes kali ini pula melibatkan seorang pemandunya mengikut rapat kereta di hadapannya untuk elak dari membayar duit tol di plaza tol Mex Putrajaya. Berdasarkan perkongsian video dashcam berdurasi 31 saat itu, ia berlaku pada jam 2.33 petang 28 Februari lalu. Agaknya mungkin si pemandu Myvi tersebut mahu berjimat tatkala ekonomi Malaysia sedang goyah ini.

Difahamkan semasa saksi yang merakam video itu, ketika dia melalui tol tersebut, pemandu Myvi terbabit sudah berada di belakangnya. Kemudian, sebaik saja saksi selesai membuat bayaran tol, palang diangkat dan pemandu Myvi berkenaan segera mengekori kenderaan saksi dalam jarak yang sangat rapat semata-mata tidak mahu membayar tol berjumlah RM3.50.

Apa yang lebih menggeramkan, apabila pemandu Myvi tersebut berjaya melakukan taktik kotor itu, dia terbabit terus memecut laju dengan menyangka perbuatannya itu tidak disedari oleh saksi. Bagaimanapun, saksi kemudiannya memuat naik video tersebut di media sosial dan kini viral meluas sehingga ada warganet yang mengambil inisiatif untuk memeriksa status Myvi tersebut dan hasilnya mendapati pemiliknya mempunyai tujuh saman kesalahan lalu lintas yang berjumlah RM1,550. Difahamkan, pihak Lebuhraya Mex telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan dipercayai akan mengambil tindakan terhadap pemandu Myvi terbabit.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘The King Of Road’ Myvi Langgar Ambulans Sehingga Terbalik

“Dah Langgar, Nak Lari!” – Polis Berjaya Tahan Pemandu Myvi Merah

 

 

 

 

Sumber: My Crime Watch

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.