Connect with us

Buletin

Anting-Anting Bayi 10 Bulan Tersangkut Kipas, Cuping Telinganya Terkoyak

Difahamkan, Delisah mahu mengambil barangan yang berada di belakang kipas angin berkenaan sebelum anting-anting tersebut tersangkut di celah besi kecil kipas tersebut.

Published

on

Tular di Facebook baru-baru ini kisah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan cedera di bahagian telinga kiri akibat anting-anting yang dipakainya tersangkut pada jaring kipas angin. Kejadian malang tidak berbau yang berlaku kepada bayi perempuan bernama Delisha Diana Mohd Shamsul Azman itu berlaku pada 8 Februari 2021 di rumahnya, Kampung Petani, Batu Pahat, Johor.

Menurut ibu mangsa, Dewi Diana Muhamad Samsudin, semasa kejadian berlaku dia Dewi berada di dapur manakala anaknya Delisha berada di bilik bersama dengan suaminya. Namun, kedua mereka langsung tidak menyedari apa yang berlaku sehinggalah mereka mendengar mangsa menangis kesakitan.


Difahamkan, Delisah mahu mengambil barangan yang berada di belakang kipas angin berkenaan sebelum anting-anting tersebut tersangkut di celah besi kecil kipas tersebut. Tambah Dewi, dia beranggap mungkin ankanya itu panik dan cuba rentap anting-anting itu dengan kuat namun akhirnya, telinganya luka akibat terkoyak.

Apabila sedar dengan kejadian tersebut, Dewi dan suami segera membawa Delisha ke sebuah klinik swasta berhampiran tetapi doktor tidak dapat memberi rawatan dan meminta pasangan itu membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Setelah tiba di HSNI, mereka terus bergegas jumpa pakar telinga. Setelah menjalani pemeriksaan, Delisha dikatakan perlu berpuasa selama empat jam sebelum menjalani prosedur di bilik bedah. Pembedahan berjalan lancar dan Delisha dibenarkan pulang pada jam 3 petang keesokan harinya.

Niat Dewi berkongsi pengalamannya itu hanyalah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa berjaga-jaga. Buat masa ini Delisha tidak akan dipakaikan sebarang perhiasan kerana Dewi masih trauma kejadian malan yang menimpa anaknya itu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tergamak Buang Ibu Tepi jalan, Anak Tetap Berkeras Tidak Mahu Jaga Selepas Hadir Ke Balai Polis

Zul Yahya Anti Vaksin & Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan?

 

 

Sumber: HM

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di