Sebelum ini pernah menjadi bahan bualan kes penderaan adik Zubaidy Amir yang didera sehingga lemas di dalam tong air biru di sebuah rumah Krubong Jaya pada 29 Januari lalu.
Menjadi persoalan, tidakkan jiran tetangga mendengar tangisan atau jeritan adik Amir ketika dipukul oleh ibu kandungnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kini, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang jiran bertindak memanggil pihak polis selepas mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak yang dipukul oleh ibunya.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna twitter, jiran sebelah rumah memanggil si ibu keluar rumah setelah mendengar kanak-kanak tersebut menjerit untuk diminta tidak memukul dirinya.
Malangnya, si ibu gagal memunculkan diri. Kemudian jirannya itu terus menghubungi pihak polis untuk meminta menyiasat apakah kes penderaan sedang terjadi di rumah tersebut.
Sebabkan vid ni takleh nak save so aku buat screen record utk kalian. Maka Itu, jemputlahhh tonton😎 pic.twitter.com/NvXVOsksBz
— Diyanananaaa❄️ (@deaaaayaiiinnaa) February 13, 2021
Apa pun, terima kasih kepada makcik yang meragkap jiran bersikap tanggungjawab ke atas tangisan dan jeritan seorang kanak-kanak. Tindakan segera, dapat selamatkan nyawa.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ramai Kagum Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kembarnya Sejak Usia 3 Bulan
Sheikh Eusoff & Sophea Emelia Pilihan Nama Baby Baru Dr. Sheikh Muszaphar Dan Isteri
Sumber: twitter
Post comments (0)