Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Aisar Dan Aiman Kembar Di Dunia Membawa Ke Akhirat” – Isu Tertukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan

today14 June 2021

Background

Hujung minggu lalu tular di media sosial mengenai isu bayi tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam yang telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Kisah ini bukan sahaja satu pengalaman perit buat ibu bapa kepada bayi-bayi berkenaan malah dijadikan satu pengajaran buat ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Kejadian ini berjaya dikesan awal apabila ia disedari dengan pantas oleh ibu bapa yang terlibat. Isu melibatkan kecuaian pihak terbabit ini telah melibatkan  nasab keturunan keluarga kedua bayi ini kerana dua bayi ini telah menerima susu badan daripada ibu selain ibu kandungnya.

Menerusi satu siaran berita di Buletin TV3 pada 13 Jun 2021, kedua ibu ini telah ditemubual mengenai kejadian tertukar bayi tersebut dan perasaan mereka setelah berjaya menemukan semula bayi sebenar mereka. Jelas kelihatan sepanjang temubual tersebut, kedua ibu ini cuba mengawal emosi dek kerasan telah menganggap bayi yang ditukar itu seperti anak sendiri.

Artikel menarik lain: “Something Is Not Right.. ” – Akma Abdullah Minta Rakan Rapat Iqram Dinzly Beri Bantuan Segera

Menerusi temubual tersebut, Siti Suriani Wahiddin menzahirkan rasa syukur apabila suaminya terdetik untuk melihat tag nama yang dipasang pada bayi berkenaan. Tambahnya, jika si suami tidak bertanyakan tentang tag itu mungkin sehingga anaknya dewasa pun tidak tahu perkara perit ini telah menimpa dirinya dan keluarga.

Manakala lain pula buat Diana Hanani Abdullah hanya sedari kejadian tersebut setelah dihubungi pihak hospital. Diana yang melahirkan anak secara pembedahan sehari sebelum Siti memberitahu situasi itu telah buatkan emosinya terganggu. Setelah menerima panggilan dari pihak hospital, Diana terus minta suaminya untuk mencari semula gelang yang telah dibuang. Apabila mereka temui semula, jelas bukan namanya yang tertulis di situ.

Tambahnya, Diana merasakan wajah anaknya itu lain daripada gambar hari pertama diambil namun dia merasakan wajah bayi akan sentiasa berubah ketika masih bayi dan ini merupakan anak pertama buat dia dan suami.

Siti dan Diana kemudiannya menjelaskan mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian ini kepada pihak hospital. Kejadian ini mungkin ada hikmah buat kedua pasangan ibu bapa ini. Nyata secara tersiratnya, hubungan ibu susuan ini akan kekal berpanjangan. Semoga Aisar dan Aiman sayang dan menghormati ibu susuan mereka.

Baca juga: “Sayang Baby Sampai Syurga” – Kucing Jagaan 13 Tahun Mati, Didie Alias Teresak-Esak Menangis

Sumber: Buletin TV3

Written by: Adinna


Previous post