Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

20 Tahun Akta Gangguan Seksual Masih Tidak Diluluskan?

Kami, aktivis hak asasi manusia telah berjuang selama 20 tahun ingin undang-undang ganguan seksual untuk wanita mahupun golongan lelaki namun, tiada tidak diluluskan,” terangnya tanpa berselindung.

Published

on

Gangguan seksual adalah perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Malah, isu ini bukanlah satu perkara asing untuk dibincangkan. Jadi Kool Talk mengetengahkan isu ini dengan membahaskan bersama seorang Peguam Hak Asasi Manusia, Puan Azira Aziz.

Menurutnya, jika dahulu gangguan seksual terjadi melalui sentuhan, kata-kata atau isyarat tapi kini teknologi sudah berkembang sekaligus gangguan seksual juga boleh terjadi melalui atas talian misalnya di twitter, Facebook atau Instagram. Malah, platform ini lebih teruk kerana boleh menganggu emosi seseorang.

Image result for media sosial seksual

“Ada segelintir individu menerima kata-kata lucah, gambar yang tidak menyenangkan sehingga membuat diri menjadi tidak selesa. Nasihat saya, terus saja mengambil langkah awal dengan report atau sekat akaun tersebut.

Bukan apa, kes ini sebenarnya berpunca dari faktor budaya kerana tiada tindakan tegas daripada ahli politik. Kami, aktivis hak asasi manusia telah berjuang selama 20 tahun ingin undang-undang ganguan seksual untuk wanita mahupun golongan lelaki namun, tiada tidak diluluskan,” terangnya tanpa berselindung.

Tambahnya lagi, buat masa ini negara Malaysia memag tiada Akta Gangguan Seksual tapi cuma ada akta gangguan seksual hanya dipayungi dibawah Akta Kerja 1955 Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Swasta.

Untuk dengarkan lebih perbincangan ini, klik saja di sini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement