Connect with us

Buletin

Kool Talk: Dalam Ujian Ada Kebaikan

Banyakkan beribadah dan bersabar. Kita pasti menang!

Published

on

Bulan puasa pada tahun ini berlainan dari kebiasaannya.

Ini kerana Ramadan kali ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana setiap orang tidak dibenarkan keluar rumah.

PKP yang sudah memasuki fasa keempat juga akibat wabak Covid-19 telah merubah banyak perkara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakrii ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz berkata, situasi Covid-19 yang melanda negara harus dilihat dari sudut positif.

Kesabaran rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan kerajaan begitu jelas apabila saban hari kes yang direkodkan ketika sidang media harian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penularan wabak itu semakin selesai.

Kata beliau sambil memetik ayat al-Quran, dalam setiap kesukaran atau ujian Allah telah menjanjikan pasti ada berita gembira di penghujungnya.

Oleh itu, sabar dan solat harus dijadikan kunci senjata umat Islam dalam memerangi musibah ini.

Datuk Dr. Zulkifli juga berpendapat langkah kerajaan melaksanakan PKP amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

“Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar”. 

Dalam pada itu, beliau sempat berkongsi beberapa kaedah buat masyarakat agar bijak menguruskan emosi ketika tempoh PKP.

Hal demikian kerana pihaknya memahami ramai masyarakat yang tertekan ekoran ketidakbiasaan ini.

1. Solat berjemaah bersama keluarga

2. Isi masa terluang dengan perkara bermanfaat seperti membaca buku, tadarus al-Quran, memasak dan lain-lain

3. Bincang bersama keluarga dan mencari alternatif terbaik dalam menstabilkan ekonomi kewangan.

Beliau juga berpesan agar seluruh umat Islam bersabar dan memperbanyakkan koleksi ibadah terutama di bulan Ramadan ini agar wabak Covid-19 segera pulih.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di