Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kerjasama MBSA, SIC fokus hasilkan produk berinovasi

today8 August 2022

Background


PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memeterai perjanjian dengan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) untuk memfokuskan dalam bidang pemasaran produk binaan baharu, pembangunan solusi bandar pintar dan mapan serta akses terbuka infra komunikasi.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, melalui kerjasama tersebut, SIC akan menjadikan MBSA sebagai platform memasarkan produk baharu di pasaran dan hasil jualannya yang telah dikomersialkan itu dapat menjana pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

β€œPendapatan tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Inovasi MBSA dan tabung ini bertujuan untuk menggalakkan kakitangan kami melibatkan diri dengan lebih aktif dan kreatif dalam aktiviti inovasi,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian antara dua entiti berkenaan yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, AR. Wan Muhd Hisham Wan Hawari di sini baru-baru ini.

Zamani menerangkan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Eskayvie aktif jelajah tujuh negeri bulan Ogos

Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) bakal meneruskan program Nexus Success Road Tour 2022 ke Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Perak sepanjang bulan Ogos ni sebagai usaha untuk mendekati lebih ramai usahawan berpotensi di seluruh negeri.

today8 August 2022