Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Gaya Hidup

Kereta Terperangkap Dalam Banjir? Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Semoga selamat semuanya..

Published

on

Berita Harian pada 13 Julai melaporkan bahawa Malaysia akan mengalami cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai 2020.

Jadi, mungkin ada dalam kalangan anda yang takut nak redah hujan lebat semasa memandu kenderaan kan? Takut nanti terperangkap dalam banjir!

Pernahkan anda tak terfikir sekiranya kereta yang dipandu terperangkap dalam banjir, apa agaknya yang perlu anda buat? Adakah berdiam diri saja di dalam kereta? Bagaimana agaknya nak menyelamatkan diri?

Image result for terperangkap dalam banjir kereta

Jadi, ini 5 perkara yang wajib anda lakukan jika terperangkap dalam banjir:

1. Jangan panik
Sebaiknya, cari jalan alternatif dan jangan redah banjir. Kalau air masih tidak naik dengan deras, pandu kereta dengan perlahan-lahan pada gear rendah (sekitar 20km/h) dan jangan lepaskan minyak. Kekalkan saja momentum pemanduan anda. Lagi bagus, check laluan anda menggunakan aplikasi Waze untuk lihat kawasan yang akan anda lalui itu banjir ataupun tidak.

2. Matikan enjin kereta
Sekiranya anda terperangkap di dalam jalan raya yang sesak, sebaiknya sebelum air naik lebih tinggi, matikan enjin terlebih dahulu. Sumbatkan lubang ekzos kereta anda dengan sesuatu yang padat dan kalis air seperti plastik.

3. Cabut terminal bateri kereta
Anda boleh cabut bateri kereta jika air deras naik. Anda tak tahu berapa lama kereta akan berada di situ kan? Jadi, sebaiknya selamatkan nyawa kereta anda dengan cabut bateri terlebih dahulu!

4. Selamatkan barangan berharga
Anda perlu selamatkan semua barangan berharga dan tinggalkan kereta anda secepat mungkin. Ini kerana, bukan setakat air saja yang akan naik dan memasuki kereta anda, malah, lumpur atau bendasing yang lain akan turut mengotorkan kereta anda.

5. Jangan hidupkan enjin kereta jika ditenggelami banjir
Jangan sesekali menghidupkan enjin kereta jika kereta anda ditenggelami banjir besar. Lebih baik, hubungi mereka yang berprofesional seperti trak tunda untuk mengendalikan kereta selepaas air surut.

Jadi, sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling ketika berada di jalan raya.

Sumber daripada: Hijab & Heels

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.