Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Buletin

Kerajaan usaha dapatkan semula aset lain 1MDB – PM

Published

on


PUTRAJAYA : Kerajaan komited meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan meneruskan tuntutan-tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion (AS$4.5 bilion).

Katanya, nilai itu termasuk pengumuman mengenai penyelesaian bernilai
RM16.6 bilion (AS$3.9 bilion) yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Goldman Sachs (GS) bagi tuntutan-tuntutan kerajaan berhubung salahlaku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

Menurut beliau, ia termasuk dana yang dipulangkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian ini.

“Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Goldman Sachs, bank pelaburan global, bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1MDB.

Jumlah penyelesaian dan wang yang telah diterima oleh Malaysia dari DoJ pula lebih dari AS$4.5 bilion (RM19.14 bilion) yang akan dikembalikan kepada kerajaan.

Penyelesaian itu merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion (RM10.63 bilion) dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM5.95 bilion) dari segi aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui tiga urus niaga bon berkenaan.

Goldman Sachs, atas biayanya sendiri juga akan membantu kerajaan dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset lain yang kini berada di luar Malaysia.- UTUSAN ONLINE

The post Kerajaan usaha dapatkan semula aset lain 1MDB – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.