Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Kembara Korban 1001 Asnaf 2022 YBIM Serendah RM390 Saja!

today7 July 2022

Background

Ibadah korban adalah salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha ini juga adalah salah satu cara menilai ketakwaan hambaNya kepada Allah swt.

Hal ini demikian kerana, firman Allah swt dalam surah Maidah ayat 27 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang yang bertakwa.” Dalam ayat lain selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud; “Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” – surah Al Hajj ayat 37.

Oleh itu, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) menyeru semua umat Islam di Malaysia dengan usahasama Media Prima Berhad untuk sama-sama menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini melalui Kembara Korban 1001 Asnaf 2022. Ini adalah tahun pertama YBIM bekerjasama dengan Media Prima Berhad.

Julung Kalinya Usahasama YBIM Dengan Media Prima Berhad

YBIM yang mempunyai kredibiliti sendiri dalam menguruskan ibadah korban disamping pengiktirafan ISO dan Malaysia Book Records amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Media Prima Berhad pada tahun ini.

Dalam pada itu, Media Prima Berhad mempunyai kekuatan dalam dunia penyiaran sama ada rangkaian media sosial dan media massa yang luas untuk menghasilkan impak yang besar kepada ummah supaya lebih ramai lagi golongan fakir miskin dibantu melalui ibadah korban. Sudah semestinya YBIM tidak mahu ada golongan asnaf yang terpinggir dan ketinggalan untuk ibadah korban kali ini.

YBIM juga berharap usahasama ini dapat diteruskan untuk masa hadapan untuk menjangkakan lebih banyak lagi hasil yang baik.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Budi Ihsan Malaysia, Encik Zulkifli Bin Abdullah berkata dalam sesi temubual di stesen radio Buletin dan Audio+ bahawa “YBIM adalah badan penganjur yang profesional, cekap dan telus. Bukan itu sahaja, ia dikawal selia oleh pihak berkuasa dan laporan kewangan kami akan disediakan tiap tahun.”

Jom laksanakan ibadah korban bersama Yayasan Budi Ihsan Malaysia.

Mengapa pilih YBIM?

  • Kerjasama dengan persatuan penternak tempatan dan Koperasi GTR
  • Kerjasama dengan Majlis Agama Chad
  • Jaminan bekalan haiwan korban yang cukup serta sihat untuk dibuat korban
  • Perkenalkan kaedah sejuk beku untuk diagihkan ke seluruh negara
  • Satu-satunya pengendali Ibadah Korban yang mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015
  • Pemenang anugerah antarabangsa BrandLaureate
  • Pemegang rekod Malaysia Books of Record untuk pengagihan daging korban terbesar
  • Pengurusan pengagihan yang mendapat pengiktirafan dan kerjasama dari pihak agensi kerajaan dan berwajib
  • YBIM mempunyai petugas ibadah korban yang cekap dan profesional yang melayan pertanyaan setiap hari
  • Sedekah korban anda akan membantu pelajar Asnaf melalui derma siswa dan pemberian baucar makanan selama 1 tahun

Tahukah Anda?

Kehidupan di Chad dan Nigeria sangat susah untuk peroleh sumber makanan yang bersih dan bermutu. Makanan ruji pilihan mereka adalah rumput. Rumput yang tidak dimasak, tidak digoreng mahupun dicuci. Sudah semestinya, ada antara mereka yang tidak pernah merasa makan daging.

Oleh itu, dengan serendah RM390 di luar negara iaitu di Chad dan Nigeria untuk satu bahagian, anda membantu golongan asnaf yang kelaparan disana.

Anda nak daftar Kembara Korban 1001 Asnaf?

Bagaimanakah caranya?

Anda hanya perlu ke laman web YBIM di SINI kemudian isikan maklumat peribadi seperti nama penuh, no telefon dan juga e-mel anda. Kemudian, anda boleh terus membuat pembayaran di laman web YBIM serta bacakan akad korban anda. Langkah terakhir adalah anda akan terima resit dan pengesahan penyertaan melalui e-mel.

Sijil penyertaan korban akan diberikan dalamΒ bentuk digital (e-sijil).
Pautan muat turun e-sijilΒ akan diberikan melalui emel, Whatsapp, SMS dan β€˜group’ Telegram rasmi peserta korban.

Bukan sahaja pakej di luar negara, korban dalam negara juga turut disediakan dengan harga bermula RM850. Nilai memang berbeza tetapi keberkatan yang sama kita peroleh menerusi ibadah korban.

Dapatkan pakej Kembara Korban 1001 Asnaf 2022 YBIM dengan kerjasama Media Prima Berhad sekarang dan dengar radio BuletinFM untuk penyertaan ibadah korban bersama YBIM di ybim.org.my serta hubungi talian 03 8685 1338 atau tonton TV3 untuk imbas kod QR.

Written by: Shiqin


Previous post