SEREMBAN – Syarikat barang kemas antarabangsa, Malabar Gold & Diamonds (MGD) meluaskan perniagaannya di negara ini dengan pembukaan cawangan baharunya di pusat beli-belah Mydin Seremban 2 di sini.
Ketua Jenama MGD, Nijeesh Parayil berkata, pembukaan outlet tersebut merupakan cawangan kelimanya di Malaysia sejajar dengan perancangan syarikat untuk meluaskan jenama tersebut di Negeri Sembilan.
Menurut beliau, MGD yang berpangkalan di Kerala, India kini mempunyai lebih 260 cawangan di 10 buah negara termasuk Malaysia, India, Dubai, Bahrain, Qatar, UAE dan Singapura.
“Kami menyasarkan lebih ramai pelanggan tempatan memilih barang kemas di MGD yang menyediakan emas berkualiti dan pelbagai rekaan terkini dari seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan MGD baru-baru ini.
Majlis pembukaan cawangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menurut Nijeesh, MGD yang merupakan syarikat kelima…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: