Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

Kandungan Cecah 4 Bulan, Ardell Aryana Doa Diri Kuat Ke Syria

Didoakan semoga Ardell dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa.

Published

on

Pelakon, Ardell Aryana baru-baru ini mendedahkan dirinya kini hamil anak pertama.

View this post on Instagram

Mula-mula??( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari ? rupanya rezeki Allah nak bagi ? tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ??) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu . SLIDE LEFT ???? Rumah vs klinik . Alhamdulillah Double Line ???? mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line ? tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih ??. Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant ??.. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor ??‍⚕️kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ?( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada ?. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan???. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak?? ? ? nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga ? , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah ❤️ #Adhwardell junior #coyg

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Isteri kepada aktor, Nadzmi Adhwa itu meluahkan rasa syukur bayi dalam kandungannya sihat walaupun hanya menyedari kehamilannya selepas empat bulan.

Menerusi laman Instagram Ardell, dia ada memuat naik rakaman imbasan bayi ketika membuat pemeriksaan doktor pada Rabu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua #Alhamdulillah active sihat ? 1 hari lagi 4 bulan usia nya?. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil ?? ? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil ?? yang awak rasa terseksa sikit ?. Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi☺️ maaf kan umi tak sedar kehadiran awak , tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah ?. Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampi kan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujian nya ??? . Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka ✈️.

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Pelakon drama Cinta Hati Batu itu juga ada bertanya kepada pengikut tentang pengalaman para ibu mengalami alahan ketika mengandung memandangkan Ardell bakal ke Syria pada awal Januari ini untuk misi kemanusiaan.

Didoakan semoga Ardell dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement