Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kanak-Kanak Di Kelantan Kritikal Selepas Diberi ‘Makan’ Dadah Oleh Bapa Saudara

today21 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini kritikal selepas dadah ditemui di dalam badannya semalam, lapor Bernama.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata doktor membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 5 pagi semalam selepas pemeriksaan dijalankan ke atas budak lelaki itu yang dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai oleh ibunya berusia 36 tahun.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang penagih dadah berusia 30 tahun, yang merupakan bapa saudara mangsa pada jam 10 malam semalam bagi membantu siasatan.

Muhamad Zaki berkata, dadah di dalam badan mangsa disyaki dadah jenis Methamphetamine berdasarkan ujian air kencing.

“Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang kritikal,” katanya kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post