PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan supaya melihat semula cadangan untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS).
Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ia antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan nilai ringgit terus tergelincir berikutan pengukuhan dolar AS.
“Bukan nilai ringgit yang jatuh sebenarnya, sebaliknya dolar AS yang semakin mengukuh rentetan keputusan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah secara agresif.
“Kalau tidak dilakukan sesuatu, nilai ringgit dikhuatiri terus merosot sehingga mencapai RM4.70 berbanding dolar AS dan sekiranya ringgit ditambat bersama dolar AS, nilai ringgit boleh turut sama mengukuh seiring dengan pengukuhan dolar AS.
“Atau alternatif lain adalah BNM terpaksa mengeluarkan belanja banyak untuk mengukuhkan nilai ringgit di pasaran,” katanya ketika dihubungi semalam.
Nilai ringgit merosot lagi semalam, kali ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: