Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Jurulatih PSM Makassar Berang Dengan Jadual, Anggap AFC Bantu KL City

today24 June 2022

Background
PSM Makassar




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares nyata berang dengan jadual Piala AFC 2022 yang disusun oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga menganggap badan induk bola sepak di Asia itu memihak kepada Kuala Lumpur (KL) City.

Rasa tidak puas hati itu disuarakan oleh pengendali kelahiran Portugal tersebut selepas beliau melihat KL City memiliki rehat yang lebih berbanding pasukannya.

Malah, Tavares melihat ibu pejabat AFC yang berpangkalan di Kuala Lumpur juga menjadi antara sebab skuad kendalian Bojan Hodak itu mendapat kelebihan.

β€œPada bulan April, jadualnya ialah bertemu Kuala Lumpur pada 24 Jun dan 30 Jun menghadapi pasukan lain (Tampines Rovers),” ujar Tavares menurut laporan dikeluarkan Goal Indonesia.

β€œLalu sesuatu telah terjadi pada bulan Mei, dimana telah berubahnya jadual. Kami bermain pada 24 dan 27 Jun. Ini merupakan satu kebetulan yang cukup ketara.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post