Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Hot FM, Buletin FM & Molek FM nak hantar anda pulang ke kampung menerusi Jom Balik Kampung Aidiladha dan 4 tiket eksklusif untuk dimenangi!

1. 4 tiket eksklusif akan diberikan kepada seorang pemenang
2. Tiket hanya untuk perjalanan pulang ke kampung sahaja
3. Anda perlulah mempunyai vaksinasi lengkap
4. Meetup point adalah di Sri Pentas

    * perlu dilengkapkan

    TERMA DAN SYARAT

    1. Jom Balik Kampung adalah sebuah kempen yang dianjurkan sepenuhnya oleh Buletin FM.
    2. Jom Balik Kampung ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

    MEKANISME ONLINE

    1. Layari laman web buletinfm.audio bagitahu kami lokasi pilihan anda dan kenapa anda perlukan tiket untuk balik kampung.
    2. Pendengar yang terpilih bakal memenangi 1 seat exclusive sehala untuk pulang ke kampung berhari raya pada 29 April Jam 9 Malam.

    LAIN-LAIN

    1. Segala keputusan Buletin FM berkaitan dengan ‘Jom Balik Kampung’ adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulang bicara oleh mana-mana pihak.
    2. Dengan menyertai ‘Jom Balik Kampung’, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Buletin FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

    https://www.buletinfm.audio/terma-dan-syarat-peraduan/

    1. Buletin FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat ‘Jom Balik Kampung’ pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
    2. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 
    3. Pemenang-pemenang yang terpilih perlu berkumpul di Sri Pentas mengikut masa yang ditetapkan pada 29 April 2022 dan akan dihantar ke drop off point yang ditentukan oleh pihak Buletin FM iaitu:
      • Utara: Ipoh – Butterworth – Alor Setar
      • Selatan: Melaka – Johor Bahru
      • Pantai Timur: Kota Bharu – Kuala Terengganu
    4. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur adalah atas kapasiti individu dan tidak akan disediakan oleh pihak Buletin FM.
    5. Pemenang yang terpilih wajib lengkap dua dos vaksinasi dan perlu menunjukkan sijil lengkap vaksinasi di aplikasi MySejahtera kepada wakil Buletin FM untuk tujuan pengesahan.
    6. Tiada penginapan dan lain-lain kecuali transportation disediakan untuk pemenang-pemenang ‘Jom Balik Kampung’. Kos-kos yang terlibat untuk hadir ke Sri Pentas atau kos-kos lain yang berkaitan tidak akan ditanggung oleh pihak Buletin FM.
    7. Pihak Buletin FM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada pemenang-pemenang termasuk keselamatan diri, sebelum, semasa atau selepas peraduan ‘Jom Balik Kampung’.
    8. Pemenang juga boleh dikehendaki oleh Buletin FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan hendaklah mengiktiraf bahawa Buletin FM mempunyai hak untuk mengguna pakai gambar-gambar publisiti, video-video dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Buletin FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Buletin FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Buletin FM tidak mendedahkan identitinya, Buletin FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
    9. Buletin FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Buletin FM secara amnya. Buletin FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Buletin FM tanpa sebarang pampasan tambahan.

    TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

    Peraduan melalui panggilan telefon:

    1. Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Buletin FM untuk komunikasi telefon yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk Peraduan.

    Jika semasa dalam Peraduan: 

    1. talian telefon terputus atau terganggu; atau
    2. terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau
    3. penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.

    Pihak Buletin FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

    KETIDAKLAYAKAN

    1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
    2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Buletin FM atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Audio; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
    3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Buletin FM.
    4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

    PROSES PENYEDIAAN HADIAH

    1. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Buletin FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.