Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Insiden Serangan Di Terowong, UEFA Lepaskan Al Khelaifi Namun Hukum Leonardo

today18 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

UEFA telah mengenakan hukuman ke atas Leonardo dan membebaskan ahli jawatankuasa eksekutifnya sendiri Nasser al-Khelaifi daripada sebarang hukuman walaupun mendapati pemilik kelab Paris Saint-Germain bersalah atas salah laku kerana konfrontasi dengan pegawai perlawanan selepas tewas dalam Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid.

Presiden PSG al-Khelaifi dan pengarah sukan PSG ketika itu, Leonardo dikaitkan dengan adegan hangat ketika ingin menyoal pegawai perlawanan mengenai keputusan dalam kemenangan 3-1 Real Madrid pada Mac.

Hatrik pada separuh masa kedua oleh Karim Benzema telah memastikan Madrid berjaya mencipta kebangkitan menakjubkan di Stadium Santiago BernabΓ©u, menyingkirkan PSG secara agregat 3-2 pada pusingan 16.

Presiden PSG, sangat bengang dengan keputusan pengadil yang dituduh telah menjadi sebab kepada penyingkiran PSG dalam UCL.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post