Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Buletin FM

INISIATIF BANK MAKANAN – CHEST OF HOPE

today27 October 2022

Background

Inisiatif Bank Makanan – Chest Of Hope merupakan program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh Plaza Sungei Wang bagi menyokong matlamat SDG2 & SDG12. Ini merupakan antara usaha Plaza Sungai Weng membantu YFBM dalam menangani isu lebihan makanan.

OBJEKTIF

Untuk menggalakkan penglibatan syarikat korporat seperti penyewa premis dan orang awam / pengunjung untuk bersama-sama dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik mengurangkan perbelanjaan harian mereka dan mendapatkan bekalan makanan yang bernutrisi. Selain itu, sumbangan ini juga akan memberikan keceriaan kepada kanak-kanak di kalangan keluarga kurang mampu sempena menyambut perayaan Krismas yang akan menjelang tiba.

Program inisiatif ini terbahagi kepada 2 konsep :

1) SUMBANGAN SECARA FIZIKAL melalui Pusat Pengumpulan Bank Makanan yang terletak di Concourse Level, Plaza Sungei Wang. Pusat ini akan mengumpulkan pelbagai bentuk sumbangan seperti makanan asas, barangan penjagaan diri dan keperluan harian.

2) SUMBANGAN SECARA DIGITAL melalui Imbasan QR Code dalam platform media sosial rasmi.
FB & IG : Sungei Wang Plaza
FB & IG : Yayasan Food Bank Malaysia

TEMPOH KEMPEN : 2 BULAN
6 Oktober 2022 – 31 Disember 2022

Poster Acara

Written by: Deen


Previous post