Connect with us

Hiburan

“Ini Semuanya Kesan Covid-19”- Ashraf Muslim Terima Rawatan Sakit Bahu Dan Siku

Menurut Ashraf, dia kini menjalani rawatan untuk sejenis masalah otot yang dipanggil acromioclavicular pada bahagian bahu dan sikunya.

Published

on

Bekas pesakit Covid-19 mungkin akan menerima kesan yang berbeza-beza. Ia bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, malah ia juga boleh memberi kesan kepada badan seseorang yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 ini. Bekas pesakit yang pernah positif mungkin fahami situasi yang sedang dialami oleh selebriti, Ashraf Muslim.

Hantaran di Instagram Ashraf Muslim menjelaskan kini dia sedang berdepan masalah pada otot bahunya kesan daripada jangkitan virus Covid-19 yang pernah menyerangnya pada April tahun lalu. Menurut Ashraf, dia kini menjalani rawatan untuk sejenis masalah otot yang dipanggil acromioclavicular pada bahagian bahu dan sikunya.

Artikel menarik yang lain: “Ada Yang Kata Aku Tak Register Dengan Betul..” Azhan Rani Kecewa Belum Terima Tarikh Vaksin

“Ini semuanya kesan Covid-19. Tapi saya reda sahajalah. Hari ini kena buat rawatan bahu sebab ada masalah acromioclavicular (AC). Sebelum ini kena skapula (tulang belikat). Lepas baik, scapula kena pula AC,” .

Tambah Ashraf, rasa sakit pada bahagian bahu itu dialaminya ketika menjalani rawatan dan kuarantin ketika dijangkiti Covid-19. Difahamkan masalah kesakitan pada otot bahu yang dialaminya itu merupakan salah satu kesan sampingan sahaja. Bagaimanapun, masalah utamanya ialah otot menjadi kecut selepas terkena jangkitan virus sehingga menyebabkan sendi menjadi terbuka.

Jelas pelakon itu lagi, virus Covid-19 telah masuk ke dalam darahnya dan bertindakbalas sehingga menyebabkan otot bahunya mengecut dan terasa sakit. Ashraf sempat berkongsi bahawa sebelum ini dia seorang yang kuat bersukan dan telah biasa mengalami kecederaan ketika bermain rugby, hoki dan bola keranjang tetapi apabila sudah berusia dan mungkin ada bahagian tubuh badan yang pernah tercedera, virus corona itu lebih mudah menjejaskan bahagian tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ashraf. Selain itu, ada juga yang turut berkongsi kesan sampingan yang dialami masing-masing selepas dijangkiti Covid-19. Kisah Ashraf ini boleh dijadikan satu pengajaran buat kita. Ingatlah, virus ini akan memberi kesan yang berbeza buat setiap individu. Oleh itu, sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan janganlah keluar rumah jika tiada keperluan.

Baca juga: “Bahasa Sangat-Sangat Hebat Kamu Semua..” – Zara Zya “Sinis” Dengan Netizen Yang Kecam Menggunakan Bahasa Kasar

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.