Connect with us

Hiburan

“Ini Dah Level Toh Puan” – Tony Eusoff Terkejut Wanita Tangkap Tikus Menggunakan Tangan

Pada mulanya, wanita itu hanya ingin membalas Tweet di ruangan komen Tony Eusoff tetapi tak sangka video berdurasi 11 saat yang dikongsikan itu menarik perhatian ramai sekaligus menjadikannya bahan bualan di Twitter. 

Published

on

Tikus merupakan antara haiwan perosak yang boleh dikatakan ‘digeruni’ oleh pemilik rumah mahupun restoran. Walaupun haiwan ini kecil, namun seorang manusia boleh melompat dan berlari jika berhadapan dengan makhluk cilik ini. 

Kecil-kecil cili padi, walaupun nampak seperti tidak membahayakan dan dianggap comel bagi sebahagian masyarakat, haiwan ini kotor sehingga boleh membawa pelbagai  penyakit dan ia perosak harta benda yang berada di dalam bangunan seperti makanan, kertas dan baju. Oleh itu, memang wajar untuk kita halau atau hapuskan haiwan perosak ini. 

Rata-rata masyarakat akan geli-geleman bila ternampak tikus.  Lebih menggerunkan, haiwan kecil ini pantas. Namun, baru-baru ini tular satu video di Twitter yang dikongsikan oleh seorang wanita di mana dia menangkap tikus di restoran tempatnya bekerja dengan hanya menggunakan tangan tanpa ada alat bantuan seperti jaring. Memang power betul. 

Pada mulanya, wanita itu hanya ingin membalas Tweet di ruangan komen Tony Eusoff tetapi tak sangka video berdurasi 11 saat yang dikongsikan itu menarik perhatian ramai sekaligus menjadikannya bahan bualan di Twitter. 

Mengulas lebih lanjut apabila ada wargamaya yang geli dan tidak mahu datang ke restoran tersebut, wanita itu menjelaskan bahawa semasa video itu dirakam, restoran itu ditutup bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan kawalan serangga. 

“Kami setiap bulan panggil syarikat dari pest control untuk bersihkan bangunan… Makanan di sini dijamin selamat dan bersih. Saya harap orang ramai tak serik untuk datang lagi”

Tidak hairan sebenarnya jika ada haiwan perosak di dalam bangunan seperti rumah, tempat kerja mahupun restoran kerana memang di situlah tempat mereka mencari makanan. Kedatangan mereka tidak dapat dielak. Apa yang kita boleh lakukan adalah melakukan pembersihan dengan kerap dan cuba halau atau hapuskan haiwan jenis perosak ini. 

Penulis: Lily

 

Baca juga:

“Another Level of IG Story” – Nabila Razali Raih Perhatian Wargamaya

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di