Connect with us

Gaya Hidup

Helah² Marketing Tersembunyi Yang Meracun Kaki Shopping

Selalu termakan umpan ni

Published

on

Daripada iklan-iklan di media sosial, TV dan radio, mesti anda tidak terlepas dipengaruhi dengan bisikan-bisikan yang mengajak anda untuk membeli-belah. Tapi pernah tak terfikir apa sebenarnya yang mempengaruhi kita terjebak secara tidak langsung untuk membeli produk-produk yang sedang dipromosikan. 

Teknik Umpan

Kadang-kadang, sesebuah syarikat akan meletakkan beberapa option barangan pada harga yang berbeza sebagai umpan. Sebagai contoh beza harga air bagi gelas kecil dan besar adalah sebanyak 50 sen. Jadi ia akan membuatkan kita lebih cenderung untuk membeli gelas besar kerana beza harga yang tidak banyak. Teknik ini banyak digunakan untuk membuatkan para pembeli berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Biasa terkena tak dengan helah ni?

Ilusi barang terhad

Terdapat satu kajian yang mendapati kita akan lebih menginginkan sesuatu kalau ianya terhad. Sebagai contoh, jika sesuatu produk itu dipromosikan sebagai produk terhad, atau tempoh promosi terhad, sebagai pembeli kita akan cenderung untuk termakan umpan marketing ini. Takut terlepas peluang beli produk pada harga promosi!

Ikut trend

Secara mudahnya, kita senang terikut dengan trend semasa, terutamanya jika ia dilakukan oleh golongan terkenal seperti artis atau influencer. Trend juga banyak digunakan sebagai teknik mempromosikan sesuatu produk. Dalam dunia internet di media sosial, teknik ini banyak digunakan di mana satu jenama atau produk akan membeli sejumlah pengikut yang ramai untuk membuatkan ia nampak trendy

Harga ‘PROMOSI’

Ini merupakan antara helah yang paling kerap digunakan, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan. Menurut kajian, kemungkinan kita untuk membeli sesuatu barang akan bertambah sekiranya terdapat pengurangan pada harga barangan tersebut. Sebagai contoh, kita mungkin akan membeli pakaian baru pada harga RM50 yang tertulis harga asalnya RM100. Tetapi hakikatnya harga asal baju tersebut adalah RM50, sama dengan harga semasa promosi.

Ilusi frekuensi

Nama lain bagi teknik ini adalah “The Baader-Meinhof Phenomenon.” Teknik ini menyatakan tentang satu kesan dimana secara tiba-tiba kita ternampak satu produk atau jenama terpampang di mana-mana sahaja. Ia akan membuatkan jenama atau produk tersebut terus dikenali dan mendapat reputasi sebagai satu produk atau jenama yang bagus kerana ia ada di mana-mana sahaja. Jadi kelebihan ini akan digunakan oleh syarikat terbabit untuk membuatkan anda beli barangan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.