Connect with us

Gaya Hidup

Hati-Hati, Jangan Terima Sampel Susu Formula Percuma Di Pasaraya

Tidak mengapa untuk ambil langkah berjaga-jaga…

Published

on

Perasan tak setiap kali kita pergi ke pasaraya seperti pasaraya Tesco ataupun Giant pasti ada ‘promoter’ yang memberikan sampel-sampel percuma untuk kita cuba. Dari makanan, minuman sehinggalah produk kecantikan. Hadiah percuma mestilah sesiapa pun mahu kan? Kadangkala masih ada ibu bapa yang mempersoalkan mengapa tidak boleh diterima sedangkan itu hanyalah sampel percuma.

Satu perkara yang anda perlu tahu bahawa dengan menerima sampel susu formula berkenaan, ia boleh menjejas dan mengugat amalan penyusuan susu ibu.

Proper Breastfeeding & Baby Latching: Tips, Positions & more

Ini kerana menurut Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pemberian susu formula bayi secara percuma daripada pihak syarikat atau melalui profesional kesihatan merupakan salah satu cara pemasaran yang sering dilakukan oleh pihak syarikat susu formula untuk memperkenalkan produk mereka.

Sekiranya bayi diberi pengenalan kepada susu formula melalui sampel yang diterima, ia akan menganggu deria rasa bayi dan menyebabkan bayi lebih memilih susu formula yang lazimnya mempunyai rasa yang lebih manis dan berlemak berbanding susu ibu.

“Oleh itu, bayi yang diberi susu formula terdedah kepada risiko penyakit pada jangka masa panjang seperti obesiti, kencing manis dan hipertensi,” tulisnya.

Lakukan 5 Hal Ini Saat Bayi Muntah Setelah Minum ASI | BukaReview

Jadi,  anda kena peka dengan amalan penyusuan susu ibu akan terganggu kerana bayi akan cenderung memilih susu formula yang telah diperkenalkan dengan rasa lemak-lemak manis dan diberikan melalui botol susu yang kurang memerlukan tenaga penghisapan. Perkara itu akan menyebabkan penghasilan susu ibu terganggu kerana kurang mendapat rangsangan hormon yang tercetus daripada hisapan bayi.

Oleh itu, elakkan daripada menerima sampel susu formula bayi dan teruskan amalan penyusuan susu ibu. Untuk info lebih lanjut tentang ini, anda boleh rujuk di Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.