Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia, ‘Sekolah Kita’ Berjaya Di Bina Untuk Anak-Anak Di Syria

today7 October 2021

Background


Musa Nuwayri, penulis buku Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi dan pengasas NGO Cinta Syria Malaysia berkongsi berita gembira apabila berjaya menyiapkan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Afrin, Syria. Lebih manis apabila kejayaan ini datang hasil daripada sumbangan orang ramai.

Beliau yang berkongsi berita gembira di Facebook berkata ‘susunan Tuhan tidak pernah mengecewakan’ apabila pernah dimaklumkan dengan berita duka apabila sekolah kedua Cinta Syria Malaysia di Turki terpaksa ditutup kerana bakal diambil alih oleh kerajaan di sana untuk meneruskan pendidikan buat anak-anak pelarian perang.

Berita duka itu kemudiannya digantikan dengan pelawaan untuk membina sebuah sekolah buat anak-anak di Afrin, Syria. Tambah beliau lagi, hasil daripada sumbangan orang ramai yang dikumpulkan selama 3 bulan akhirnya Sekolah Kita bakal dibuka untuk diberi manfaat kepada anak-anak di sana.

“Hanya RM220,000 dibelanjakan untuk membina sekolah yang tersergam indah di atas bumi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post