Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Harga produk farmaseutikal naik lima hingga tujuh peratus

today17 June 2022

Background


KUALA LUMPUR – Harga jualan bagi sebahagian ubat-ubatan dan produk makanan tambahan ke­luaran Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) telah dinaikkan secara berperingkat antara lima hingga tujuh peratus tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Wan Amir-Jeffey Wan Abdul Majid berkata, kenaikan tersebut tidak mampu dielakkan memandangkan pelbagai isu yang membelenggu industri termasuk kos logistik yang meningkat selain kadar tukaran wang asing yang kini tidak memihak kepada ringgit.

Tambahnya, situasi semasa diburukkan lagi dengan kekangan pasaran pada tahun 2020 dan 2021 yang tidak membenarkan syarikat farmaseutikal menaikkan harga.

“Sebenarnya harga naik hampir setiap tahun, cuma pada 2020 dan 2021 tiada yang berani menaikkan harga kerana situasi pasaran ketika itu tidak membenarkan.

“Sekarang dengan isu harga petroleum meningkat, manakala kadar tukaran wang asing pula telah mencecah RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan apabila kami membeli bahan mentah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post