Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Golden Screen Cinema atau GSC dilaporkan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di Melaka, atas kesalahan mencatut atau menjual sesuatu barangan pada harga yang tinggi.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan dua barangan iaitu air mineral 600ml jenama Spritzer yang dijual pada harga RM3.30 dan keropok kentang Mister Potato 75gm pada harga RM5.

Menurut laporan, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
GSC dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka. Denda sebanyak RM45,000 dikenakan mahkamah selepas pihak tertuduh meminta mahkamah jatuhkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: