Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Buletin FM

FESTIVAL KOTA SELATAN

today18 July 2022

Background

Jom ke Festival Kota Selatan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 6 & 7 Ogos 2022 bertempat di Dataran Sungai Melaka, Menara Taming Sari dan Jonker Walk, Melaka bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam. Pelbagai aktiviti seni dan budaya menanti anda antaranya Pertandingan Peragaan Busana Melaka, Persembahan Kesenian Rakyat Melaka, Negeri Sembilan & Johor, Pertandingan Battle of Joget & Zapin serta malam Gala Kota Selatan Vaganza yang akan menampilkan artis-artis terkenal tanah air seperti Ramlah Ram, Hael Husaini, Asmidar, Rojer dan ramai lagi. Maklumat lanjut layari www.jkkn.gov.my atau hubungi talian 03-2614 8200.

Poster Acara

Written by: Hasanah


Previous post