Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan mengenai situasi semasa pemain kacukan negara, Jaami Qureshi yang dilaporkan memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Iraq berbanding Malaysia.
FAM menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya tiada usaha untuk memastikan pemain remaja yang berpangkalan di England, Jaami Qureshi, diberi peluang mewakili negara.
Sebaliknya FAM, menerusi Sekretariat Agungnya, berkomunikasi secara terus dengan bapa pemain itu, Perviz Qureshi, serta Pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling, dalam membincangkan panggilan ke pusat latihan bagi skuad Bawah 19 tahun kebangsaan menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan pada 2020.
Siaran Media: FAM Tampil Jelaskan Qureshi Dilamar Pada 2020
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar di https://t.co/P63wvJDoWZ#FAM
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: