Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejak akhir-akhir ini, kecoh mengenai harga ayam yang dilihat tidak konsisten serta melambung membuatkan para pengguna serta peniaga terkesan dengan kenaikannya.
Terbaharu, tular sebuah isu yang didakwa menjadi punca kenaikan harga ayam dalam pasaran di mana terdapat peladang yang mengenakan ‘caj tangkap’ bagi setiap kilogram ayam kepada peniaga.
Hal ini secara tidak langsung mendesak para peniaga untuk menawarkan ayam pada harga yang lebih tinggi kepada para pengguna. Difahamkan kes ini telah dikesan di Terengganu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri berkenaan yang mengesan terdapat peladang yang mengenakan ‘caj tangkap’ kepada peniaga.
Menurut kakitangan awam, Mohd Shuhairy Nadlie Ngah, caj yang dikenakan pihak ladang menyebabkan harga bagi setiap kilogram ayam menjadi RM6.30 melebihi daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM5.60.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: