Connect with us

Hiburan

“Dek Kerana Backup Artis Kayangan, Habis Bisnes Diboikot..”- Kenyataan Rasmi Lawatan Kerja Neelofa ke Langkawi Dipadam?

Baru je nak reda isu Neelofa dan Haris, kini timbul spekulasi baru.

Published

on

Semalam, posting mengenai kenyataan rasmi lawatan kerja pengantin baru Noor Neelofa dan Haris Ismail ke Langkawi telah dimuat naik oleh Chatime Malaysia. Namun, spekulasi baru timbul apabila posting berkenaan telah dipadam di akaun Twitter dan Facebook Chatime Malaysia. Isi kenyataan rasmi tersebut mengatakan Neelofa dan Haris ke Langkawi atas pembukaan baru cawangan Chatime di tiga lokasi zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi (Kedah), serta Kangar (Perlis).  

Siasatan netizen mengenai pembukaan cawangan Chatime di negeri tersebut sebenarnya tak tertera di laman web Chatime Malaysia. Hal ini telah membuatkan netizen menjadi lebih beremosi dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Chatime Malaysia. Imej perusahaan air terkemuka itu turut terjejas akibat isu ini terutamanya apabila Chatime dikatakan berkompromi dengan Neelofa dan Haris. Betul ke?

Laman web facebook Chatime Malaysia dibanjiri komen-komen wargamaya yang berang dengan tindakan Chatime Malaysia kerana menyokong pengantin baru ini.

Isu ini menjadi lebih serius apabila wargamaya berkomplot untuk memboikot air pasaran kini, Chatime Malaysia. Mereka turut meluahkan rasa bahawa pihak Chatime Malaysia tidak profesional dalam menangani isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ini. 

 

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Chatime Malaysia mahupun Neelofa. Isu hangat ini membuatkan netizen keliru mengenai status yang sebenar sama ada betul ataupun ada percanggahan maklumat. Apa-apa pun, kita nantikan susulan isu ini daripada pihak Neelofa sendiri. 

 

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga:

“Tak Payah Tunggu Neelofa Untuk Rasai Halawatul Iman” – Peminat #LofaRiz Terlalu Taksub?

Syarikat Minuman Tampil Jelaskan Mengapa Neelofa & Haris Berada Di Langkawi

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di