Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Dana zakat bantu usahawan muda di Kuala Nerang

today15 February 2022

Background


PETALING JAYA – Agrobank bekerjasama dengan Lembaga Zakat Kedah (LZK) dan Hayat Teras Maju telah melancarkan Program Hijrah Asnaf Ruminan dengan melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM120,000.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin ber­kata, program berstruktur yang melibatkan lapan orang anak muda di Kuala Nerang itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai latihan kemahiran berkaitan penjagaan haiwan dan perniagaan, asas pengurusan kewangan dan pemasaran digital.

Menurut beliau, program yang memerlukan pemantauan perniagaan selama enam hingga­ 12 bulan itu diharap dapat me­ningkatkan kecekapan dan ­pengetahuan perniagaan dalam kalangan anak muda asnaf ter­utamanya di kawasan pedalaman.

“Ia merupakan program pembangunan asnaf yang pertama melibatkan industri ruminan, yang mana ia adalah usaha kami untuk meramaikan penglibatan usahawan terlatih dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Ahmad Badli me­nerangkan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Kosmo


Previous post

Ekonomi

TM peroleh jalur spektrum 2600MHz

PETALING JAYA – Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperoleh kemudahan jalur spektrum 2600MHz daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan dan kapasiti perkhidmatan sedia adanya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, Kumpulan telah menerima tawaran daripada SKMM untuk blok spektrum 20MHz bagi jalur spektrum 2600MHz. Tawaran tersebut diperoleh melalui anak syarikatnya, Webe Digital Sdn. Bhd. (Webe). Menurut Imri, blok yang telah […]

today15 February 2022