Connect with us

Buletin

“Dah Langgar, Nak Lari!” – Polis Berjaya Tahan Pemandu Myvi Merah

“Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri dan ditahan orang awam yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Published

on

Semalam tular rakaman klip video berdurasi kurang dari seminit yang menunjukkan sebuah kereta Myvi merah membawa laju dan merempuh dua buah kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Serdang.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan memandu secara melulu dan laju sehingga mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, pemandu van kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri dan ditahan orang awam yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Image

Mengulas lanjut, Azman berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah sekaligus polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki tersebut yang didapati tiada rekod jenayah.

Kemalangan begini memang tak dijangka. Kadang-kala kita sudah bawa berhati-hati tapi orang lain pula langgar kita. Apa pun, sebelum keluar rumah baca doa terlebih dahulu supaya dapat dilindungi daripada sebarang musibah. Yang penting, hormati pemandu lain di jalan raya dengan memandu secara berhemah!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“The King Of Road” – Myvi Langgar Ambulans Sehingga Terbalik

Makan Limau Mandarin Batuk? Rendam Guna Air Garam / Baking Soda

 

 

 

 

Sumber: twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di