Connect with us

Hiburan

“Cuma Nak Jujur Dengan Diri..” – Janna Nick Padam Gambar Profil Buat Netizen Tertanya

Hari ini Janna dilihat memadam gambar profil Instagram miliknya. Selalunya, bila kita padam gambar profil maksudnya kita sedang bersedih atau inginkan ruang buat diri sendiri. Adakah ini yang terjadi kepada Janna? 

Published

on

Siapa tak kenal dengan Nurul Jannah binti Muner atau nama pentasnya Janna Nick, pelakon dan juga pengacara yang sering dikaitkan dengan cerita kontroversi dan menjadi buah mulut netizen. Tahun ini sahaja sudah banyak kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya.

Hari ini Janna dilihat memadam gambar profil Instagram miliknya. Selalunya, bila kita padam gambar profil maksudnya kita sedang bersedih atau inginkan ruang buat diri sendiri. Adakah ini yang terjadi kepada Janna?

Baca juga: Dihina Kerana Berkahwin Dengan Warga Afrika, Wanita Ini Jawab Persoalan Wargamaya

Menerusi postingnya yang terbaru, Janna berkongsikan satu video di mana dia memakai baju kurung dan tudung yang serba hitam dengan kapsyen “BOLEH TAK, NAK JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI BUAT SEMENTARA WAKTU?”

Beberapa jam sebelumnya, Janna turut berkongsikan gambar disertai kapsyen yang juga seakan menunjukkan dirinya sedang berada dalam keadaan dilema. “WORSE BATTLE : What I know VS. what I feel”. 

Bukan itu sahaja, melalui Instagram story, Janna turut dillihat berkongsikan dua posting mengenai keletihan dan depresi.

Dilihat daripada posting-posting terbaru yang dikongsikannya, jelas Janna kini sedang melalui sesuatu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa artis juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan ujian yang tersendiri.

Menerusi ruangan komen, rata-rata wargamaya menunjukkan rasa risau terhadap Janna. Malah, ramai juga yang memberi kata-kata semangat dan positif kepadanya dalam mendepani apa jua rintangan yang dihadapi ketika ini.

Walaupun tidak mengetahui apa yang terjadi, wargamaya terutama pengikut Janna tetap memberikan sokongan dan kata-kata yang baik buat dirinya. Semoga Janna Nick terus tabah dalam menjalani apa jua cabaran selepas ini.

Baca juga: Kemaluan Dipotong Ketika Duduk Sendirian, Apa Motif Disebaliknya?

Sumber: Janna Nick

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.