Connect with us

Hiburan

“Cantiknya Lisa, Bertambah Seri..” – Penampilan Baharu Lisa Surihani Memegunkan

Lisa yang mengenakan busana dan hijab yang berwarna oren tampak begitu memegunkan walaupun dia hanya mengenakan solekan yang nipas di wajahnya. Meninjau komen daripada posting yang dikongsikan, ramai rakan-rakan artis serta peminat-peminat Lisa memuji kecantikannya. 

Published

on

Aktres jelita, Datin Lisa Surihani, terbaru dilihat memuat naik foto dirinya yang duduk di kerusi juri dalam sebuah program baru yang bakal bermula pada 16 April ini. Terdahulu, Lisa ada berkongsikan sedikit tentang program baharu yang bakal menggandingkan pelawak, pendakwah dan motivator dalam satu pentas yang sama. Lisa Surihani merupakan antara salah seorang juri yang bakal sama-sama menjayakan program tersebut sepanjang Ramadan.

Baca juga: “Sambut 4 Orang Anak Dengan Baju Yang Sama..” Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Ke-4

Lisa yang mengenakan busana dan hijab yang berwarna oren tampak begitu memegunkan walaupun dia hanya mengenakan solekan yang nipas di wajahnya. Meninjau komen daripada posting yang dikongsikan, ramai rakan-rakan artis serta peminat-peminat Lisa memuji kecantikannya.

“Cantiknya penampilan…”, itulah yang dikatakan kebanyakan mereka. Penampilan Lisa secara keseluruhan menarik perhatian ramai. Bukan kerana pakaiannya menjolok mata atau digayakan secara berlebihan tetapi kerana Lisa nampak lebih muslimah dan menutup dalam berpakaian.

“Makin berseri-seri…”, selain itu ada juga yang mengatakan bahawa Lisa Surihani dilihat semakin berseri-seri. Ada beberapa pendapat yang dilontarkan, antaranya adalah warna oren yang digayakan menonjolkan seri wajahnya. Ada pula yang berkata seri itu adalah seri ibu mengandung.

Pada Februari, suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, mengumumkan bahawa Lisa kini sedang hamil cahaya mata yang ketiga.

Lisa Surihani yang memang dikenali dengan keperibadiannya yang sopan dan lembut telah menambat hati ramai lagi-lagi apabila dia mula mengenakan hijab dan berubah ke arah lebih positif. Apa pun kita doakan semoga Lisa sentiasa dilindungi dan semoga dipermudahkan perjalanan kehamilannya.

Baca juga: Trending Di Twitter Ramadan Pertama Tanpa Abah

Sumber: Lisa Surihani

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di