Wong, adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak yang juga pernah memegang jawatan Menteri Kewangan Kedua Negeri, bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan buat kali ketujuh, bagi mempertahankan kerusi DUN yang menjadi miliknya sejak 1991.
Antara calon lain yang bertanding adalah calon PKR bagi DUN Batu Lintang Cherishe Ng Phuay Hui dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi DUN Nangka Olivia Lim Wen Sia menjadi calon termuda dalam PRN kali ini.
Selain itu, terdapat enam lagi calon berusia 30 tahun ke bawah, dengan empat daripadanya mewakili PBK iaitu yakni Michelle Ling Shyan Mih (Bawang Assan), Jenny Wong Khing Ling (Semop) dan Chelea Vanessa Anak William (Kemena). Masing-masing berumur 25 tahun, manakala Dyanne Oshield Nickson (Lambir) berumur 28 tahun.
Dua lagi adalah calon berumur 26 tahun yang terdiri daripada Brolin Nicholsion Benedict Achung (Bukit Semuja) yang mewakili DAP dan Intanurazean Wan Sapuan Daud…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: