Connect with us

Hiburan

Buat “Total Lockdown” Sendiri Syarikat Selama 2 Minggu, Tindakan Dato’ Rizalman Dipuji Ramai

Seorang pereka fesyen terkenal tanah air, Dato’ Rizalman membuat keputusan untuk menutup syarikat perniagaannya dan membuat sekatan kendiri untuk para pekerja sebagai tanda sokongan melawan wabak Covid-19 yang semakin mengganas di negara ini.

Published

on

Seorang pereka fesyen terkenal tanah air, Dato’ Rizalman membuat keputusan untuk menutup syarikat perniagaannya dan membuat sekatan kendiri untuk para pekerja sebagai tanda sokongan melawan wabak Covid-19 yang semakin mengganas di negara ini.

Baca juga: Wargamaya Kini Meminta Supaya “Total Lockdown” Dilakukan Segera Susulan Kenaikan Angka Kematian Covid-19

Semalam, Rizalman menyiarkan kenyataan rasmi itu di laman Instagram milik peribadinya. Menurut isi di dalam kenyataan itu, pihak pengurusan syarikat telah bersepakat untuk membuat penutupan dan penyekatan penuh kepada semua pekerja termasuklah penjualan di bawah nama syarikat tersebut selama 2 minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Walaupun syarikat Rizalman mempunyai sijil pengiktirafan daripada MITI yang membenarkannya untuk beroperasi sepanjang PKP dijalankan, pihaknya sebulat suara membuat keputusan memilih untuk memastikan keselamatan semua pihak terutama para pekerja mereka terjaga. Sejak 12 tengah malam semalam, segala penjualan atas talian telah ditutup.

Menurut Rizalman menerusi kapsyennya di posting tersebut, dia berkata biarlah pihaknya terlebih dahulu melaksanakan “total lockdown” ini demi keselamatan semua dan bagi membasmi gejala wabak Covid-19 ini dari terus tersebar.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji tindakan yang diambil Rizalman untuk melakukan “total lockdown”. Ada yang berkata bahawa ini adalah contoh bos yang baik dan ambil peduli tentang kesejahteraan pekerja. Ada juga yang membandingkan situasi ini dengan diri mereka di mana syarikat tempat mereka bekerja masih tidak mahu menutup syarikat dan beroperasi seperti biasa walaupun kes saban hari makin meningkat.

Dalam perkara ini, banyak hal yang perlu dipertimbangkan. Namun, perlu juga diingat bahawa nyawa itu lebih penting dari segalanya. Hilang nyawa tidak mungkin dapat diganti. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat syarikat Rizalman. Semoga ada rezeki tidak dijangka menunggu mereka.

Baca juga: “Ada Yang Beri Saya Gambar Anu..” Farahdhiya Minta Berhenti Hantar Mesej Lucah Dan Ceroboh Privasi Dirinya

Sumber: Dato’ Rizalman

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di