Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

Black Hanifah, Isteri Timang Anak Kedua

Penyanyi, Black Hanifah dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi selamat menimang cahaya mata perempuan semalam dengan berat 2.88 kg.

Published

on

Penyanyi, Black Hanifah dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi selamat menimang cahaya mata perempuan semalam dengan berat 2.88 kg.

Penyanyi yang popular dengan lagu Anugerah Terindah itu turut berkongsi video di laman Instagramnya dan begitu teruja apabila putera sulungnya, Khaleef Dayyan kini sudah mendapat adik baru!

View this post on Instagram

Dayyan dah dapat adik!!! ?Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a….. #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #KDRD #NIVALEL #NIMEMANGVIRAL #Anugerahterindah

A post shared by @cirakhairy (@black.hanifah) on

                                                Black berkongsi video di Instagram

“Dayyan dah dapat adik!!! ? ujarnya menerusi kapsyen di Instagram.

Selain itu, Black turut berterima kasih kepada semua peminatnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarganya serta memaklumkan isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. ” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut serta rakan artis juga mengucapkan ucapan tahniah kepada Black atas kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Tahniah diucapkan buat Black! Semoga dengan kehadiran ‘orang baru’ tersebut dapat menyerikan lagi kehidupan Black sekeluarga.

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.