Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu kereta kancil berwarna merah. Menerusi video tersebut, ibu kepada budak lelaki itu dikatakan telah terlambat untuk hantar anaknya ke sekolah.
Malah, di dalam kereta yang dipandu budak lelaki itu juga membawa kakak dan adiknya yang duduk di bahagian kerusi penumpang. Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan kebimbangan.
@majoritiofficial Polis memang suka benda-benda viral ni. 😁 #bawahumur #memandu #kereta #tular
Susulan itu, sepasang suami isteri telah menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam selepas tular video anak mereka memandu kereta.
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib menyatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian telah mengesan video tular…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: